Monday, 23 May 2016

Peluang

Banyak peluang yang kita dah dapat sejak kita lahir lagi.

Celik-celik mata je, kita dilahirkan di sebuah negara yang dah tamat zaman perangnya. Masa depan cerah terjamin.

Lepas tu, diberi peluang pulak bersekolah, tapi biasalah, nak bangun pagi pun bukan main pulun mak nak kena kejut. Tapi bangun juga.

Peluang atas pemberian kesihatan tubuh badan, boleh bermain. Bergerak sana sini tanpa perlu tunggu bantuan orang lain untuk beredar. Tak perlu menunggu.

Lepas tu peluang perkerjaan yang kita dapat, dapat menanggung segala keperluan malah kemahuan.

Banyakkan peluang kan kita dapat? Tapi pernah kita bersyukur? Orang lain ada yang tak berpeluang merasa kenikmatan macam kita dapat. Tapi kita mana nak hirau. Yang kita sibuk hiraukan, kita nak peluang kehidupan macam orang yang lebih berada sedangkan kita tak mampu dan apa yang ada sebenarnya sudah mencukupi.

Belajarlah bersyukur, sekurang-kurangnya kita ada walaupun tak mewah. Nak dibandingkan mereka yang tak berpeluang langsung merasa semua nikmat ni. Moga nikmat diberi di lain alam atas kekurangan kini.

Muhasabah diri.

Hiking

Semalam (22.05-Sabtu) untuk pertama kalinya aku pergi hiking kat Gunung Angsi. Program ni sebenarnya program budak FST, tapi bila ada yang ajak aku pun ikut la. Lagipun teringin nk mendaki gak, sebab bila orang post gambar tengok keindahan alam dari atas nampak cantik. Nak rasa kesemulajadiannya tu. Kalau boleh nak try daki Bukit Broga je dulu, tapi alang-alang dah ada yg ajak ke tempat lain, go on jelah terus.

Pagi-pagi lepas subuh terus gerak tapi sebelum tu singgah rnr dulu untuk sarapan. Yelah nak isi tenaga nak mendaki. Dalam pukul 8.30 mcm tu sampai la ke Bukit Putus. Pastu buat stretching untuk panaskan badan sebelum mendaki. Aku kira gigih jugak la masa buat stretching tu sebab leader dia cakap "kalau boleh bagi badan tu panas betul". Yelah kalau tak buat betul-betul nanti cramp pulak.


Start mendaki, dimulakan dengan naik tangga dulu. Naik tangga tu pun dah rasa mengah. Belum betul-betul start lagi. Tak lama lepas tu, mula lah mendaki kwasan yang pacak. Cuaca memang okey, tapi matahari tak keluar, so jalan tu agak berlecak dan basah. Bila sampai kawasan yang pacak ni, licin jugak la. Masa nak mendaki yang pacak ni, aku memang rasa nak nangis sebab aku dah tak larat. Rasa badan ni berat gila. Sampai fikir nak turun balik je padahal baru 5 minit. Tapi tak lama tu banyak jugak la yang mendatar so menaikkan semangat sikit.


Ramai jugak la yang hiking hari tu, orang cina india mat saleh semua ada. Bila kita mendaki dan dorang nak turun, mesti dorang bagi kata semangat. Tu yang rasa macam wowww.



Untuk aku yang baru first time mendaki ni soalan yang paling lazim keluar dari mulut ialah "jauh lagi ke nak sampai?" Pastu dorang akan jawab "kejap je lagi ni" "10 minit je lagi". Untuk yang tak pernah mendaki gunung ke bukit ke, jangan pernah tanya soalan macam ni sebab jawapan yang kau dapat memang 90% tipu kahkahkah.

Tapi bila betul-betul dah nak sampai tu, aku rasa makin semangat. Macam mana nak tahu dah nak sampai? Kau akan nampak kabus. Tapi bila dah nak sampai tu, kene naik pacak yang terakhir, boleh pulak time tu kaki ni cramp kt bahagian betis. Perghh rasa macam nak nangis sebab aku rasa tu first time kena. Pastu bila dorang tolong nak regangkan tu, bila dia tahan kaki aku, terkejut beruk aku dia punya rasa sakit. Menjerit la cite dia, bergegar satu hutan tu (tak tipu je). Pastu dorang cakap "tahan jap eh, tahan jap". Pastu rilek-rilek jap, then sambung balik. Bila dah nampak langit biru, aku tak rasa wow dulu, tapi aku terus duduk tegakkan kaki hahaha sebab cramp tak hilang lagi. Pastu makan, pastu baru la menikmati keindahan alam.


Antara naik dgn turun, mesti orang yg tak pernah hiking fikir naik lagi penat, tapi sebenarnya tak. Turun lagi penat, sebab bila naik makin lama makin rasa sejuk sebab suhu pada aras tinggi makin rendah tapi kalau turun sebaliknya. Lepastu kalau turun kita kena tahan beban badan dari jatuh. Tapak kaki memang sakit gila sebab tertahan. Pastu sekali lagi aku cramp. Ni kat bahagian betis, tapi tak sesakit masa naik. Aku rasa aku sorng je yang cramp huhu lembik gila. Tapi bila cramp ni semua orang caring, "Qila okey?" "Kaki okey tak?" Terharu gitu, lagi-lagi bila gula hati tanya, ehh.. Bila dah cramp lagi sekali ni, memang laju terus aku nak turun. Dah tak fikir apa dah janji sampai bawah.

Bila nak sampai bawah tu dah nampak jalan raya, rasa bahagia da. Masa ni kaki shaking habis hahahaha lawak gila. Sepanjang pendakian semuanya selamat. Pencapaian baru untuk diri sendiri yang rasa tak boleh mendaki sebab ada semput tapi berjaya juga akhirnya.






*p/s: terima kasih semua terutamanya yang tolong waktu cramp dan prihatin sepanjang pendakian selepas cramp

Monday, 16 May 2016

Marak'16

Marak adalah Malam Anugerah Kolej Rahim Kajai. Kira dinner kolej untuk sesi 2015/2016 ni. Nak cerita pasal apa ek?? Hmmm

So basiclly, salah satu diadakan dinner ni nak bagi anugerah pada warga kajai dan juga pihak yang terlibat dalam program-program yang berlangsung yang berkaitan dengan Kolej Rahim Kajai.

Untuk dinner ni, aku tak masuk campur untuk persiapan, maksudnya aku tak terlibatkan diri sebagai AJK sebab malas hahaha.

Tema tahun ni bollywood. Boleh dikatakan meriah la sebab dari segi nak berpakaian pun macam-macam boleh pakai dengan warna yang pelbagai, jadi tak ada la nampak macam hambar.

Benda yang meriahnya ialah bila persembahan. Aku teruja jugak la tengok tarian-tarian bollywood ni. Sebab aku pun buat persembahan dengan team Basiska. Tapi kayu gila la bila menari hahahaha. Happening sebab muzik lagu-lagu bollywoodkan meriah gitu.




Siblings

Aku ada ramai adik-beradik. Ikut susunan aku ni anak no 3, ada sorang abang, sorang kakak, sorang adik perempuan, dua orang adik lelaki.

Masa kecil-kecil, benda yang aku selalu nampak antara adik-beradik aku ni ialah gaduh. Waktu tu bagi aku adik-beradik ramai ni menyusahkan, kejap gaduh dengan yang ni, pastu kena mengalah dengan yang ni. Yang kena tahan jeles lagi, nak nak dengan adik-beradik perempuan.

Keluarga aku ni bukan senang sangat. Masa kecil-kecil tu kira aku ni rasa la macam mana hidup cukup-cukup makannya. Benda yang kita orang akan dapat akan dikongsi. Bayangkan la kalau benda tu dahla sikit, kena kongsi lagi, memang ciput la merasa.

Dengan adik-beradik ni benda yang kita akan selalu rasa ialah cemburu. Dulu masa sekolah rendah, aku pergi sekolah naik basikal. Pukul 6.30pg aku dah kayuh basikal pastu parking dekat sebelah kedai elektronik. Jalan sikit naik jenjantas pulak nak ke seberang jalan. Beg waktu sekolah rendah dah la berat. Kalau bahasa melayu tu ada 8 buah buku, lapan-lapan jugak aku bawak sebab tak tahu cikgu nak guna buku yang mana. Nak dibandingkan adik aku pergi sekolah naik van (tapi sebab sekolah dorang jauh) tapi kira tak adil juga la, dorang sekolah melayu, aku, abang dengan kakak aku sekolah cina, cikgu garang. Kena rotan dekat tapak tangan perkara biasa!!! Dorang pernahke rasa??

Lepas tu kalau bab makanan, aku selalu dapat sikit. Kadang-kadang tak merasa pun. Tapi kalau aku ada benda tu laju je ibu cakap "kongsi dengan adik-adik, kalau tak nak kongsi jangan makan depan dorang". Kadang-kadang geram je kalau ingat balik. Lepas tu aku mula la perangai kedekut, semua benda aku taknak share dah.

Tapi tu masa aku budak lagi lah. Masa belajar dekat Perlis pon aku masih dengan perangai kedekut tu. Entahlah aku rasa adik-adik aku ni tak pernah mengalah dengan aku, sampai hak aku pun aku tak rasa. Tapi bila dah masuk u ni, lama-lama aku rasa aku ni kejam jugak. Aku belajar untuk berkongsi. Sebab bila fikir balik, aku diberi kesempatan untuk belajar dekat universiti nak dibandingkan dengan kakak aku. Mungkin sebahagian duit untuk makan minum kat rumah untuk adik-adik, bapak salurkan untuk aku, mungkin duit tu sepatutnya untuk dorang makan sedap, tapi bila bagi kat aku hmmm entah kemana-mana aku guna.

Mungkin itula sebabnya kenapa aku rasa bahagian aku masa kecil-kecil aku tak dapat sebab itu untuk dorang. Dengan adik-beradik juga la aku belajar bersyukur. Jadi bila sekarang ni aku dah besar, mungkin aku boleh jadi contoh untuk dorang, Mungkin ini je la cara aku nak balas jasa dorang atas segala perkara yang dorang selalu mengalah. Kecil-kecil mungkin rasa menyusahkan, tapi sebenarnya dorang la teman sepermainan kita, tahu kita ni macam mana sebab kita kongsi darah yang sama.

p/s: aku rindu rumah ni nak jumpa dengan semua orang

Sunday, 15 May 2016

Putus

Antara putus kawan dengan putus cinta mana lagi sakit? Tapi kalau nak dibandingkan putus silaturahim dengan keluarga la paling sakit, jadi itu kita letak tepi.

Kalau nak aku bagi jawapan, apa yang aku boleh cakap aku tak tahu. Sebab dua-dua aku tak pernah rasa. Kalau putus cinta, aku tak pernah bercinta so tak tahu seberapa tinggi frush menonggengnya. Kalau putus kawan, bukan tak pernah berkawan, tapi tak pernah putus kawan.... lagi.

Aku ada kawan yang aku kenal dari zaman sekolah, sampai masuk u ni aku masih sama-sama dengan dia. Ya Raihana Bundawan la orangnya. Sebelum ni aku ada post pasal Rai and ada antara ayat aku tu buat orang rasa "kau gaduh ke dengan Rai?"

Hahahaha nak gelak okey aku dengar. Hmm aku tak gaduhlah dengan Rai. Okeylah andai dikatakan aku putus persahabatan dengan Rai. Dengan orang yang aku dah kenal hampir 5 tahun, selalu tolong aku, selalu sangat. Kalau balik kampung sama-sama. Pastu belajar dekat tempat yang sama, senang sangat nak jumpa. Pastu tiba-tiba putus kawan. Kalau terserempak buat-buat tak kenal. Hmmm agak-agak rasa apa ek?

Kalau boleh taknak terbayang pun apa yang akan aku rasa, sebab aku tak pernah mengharapkan terputusnya sebuah sahabatan. Memang dia bukan siapa-siapa kita 5 tahun yang lepas, tapi bila dia dah datang dalam hidup kita, susah senang kita kadang-kadang dia yang sama-sama tanggung. Terima kasih kawan dengan aku, layan perangai aku yang annoying dia rasa macam 'kau ni menyusahkan la' hahaha.

Monday, 9 May 2016

Carut

Sejujurnya aku paling tak suka bila orang tu marah pastu dia mencarut. Aku pun tak suka mencarut tapi kadang-kadang tu ada la jugak meng'bodoh'kan sesuatu perkara tu bila marah. "Bodoh, bodoh, bodoh - dah macam berzikir pulak". Dan aku tak suka perkara yg aku tak suka tapi aku buat.

Dalam dunia ni ada tak yang tak pernah mencarut? - tak nak tahu yang tak boleh cakap

Kalau ada meh jumpa dengan aku. Nak tahu mcm mana boleh tahan sabar. Bukan takat waktu marah, waktu bergurau senda jugak. Kadang-kadang tengah bergurau tu la rancak mencarutnya.

Tapi paling tak tahan kalau yang mencarut tu budak kecil. Pastu dia mencarut depan kau. Contoh dia main kat tengah jalan depan rumah dia dengan kawan-kawan dia pastu kau nak lalu naik kereta, of course la makan jalan tu banyak. Nak tak nak budak-budak tu kene alih kalau tak kene langgar. Pastu sambil dorang berlalu pergi tu, dorang boleh bodoh kan kau sebab terpakse tunda bermain. Kalau aku menyirap. Hmmm

Perlu ke aku keluarkan 100 perkataan carut pada post kali ni untuk memenuhi tema "carut"?