Monday, 6 June 2016

Perkenalan

Aku tak biasa memulakan suatu perkenalan. Tapi bila dah serasi, perkenalan itu masih utuh.

Bila kita berpindah dari suatu tahap dalam kehidupan, tak kesah lah pindah rumah ke, pindah umur ke, mesti kita akan jumpa orang baru. Dan mestilah kita nak ada kawan.

Macam aku, dari sekolah menengah berpindah ke peringkat matrikulasi, itulah percubaan pertama yang terbesar aku berkenalan dengan orang dari mana-mana negeri. Boleh disimpulkan perkenalan pertama dengan roommates seramai 5 orang adalah yang sangat happening. Kita orang boleh dikatakan rapat, makan sama-sama, tidur pun pernah sama-sama, tengok movie dekat laptop pun boleh elok je sama-sama, nak nak cerita running man, nak mandi dan basuh baju berebut, pergi masjid kalau rajin, kalau tak rajin pergi, pun bersama-sama juga.



Yang kedua, berkenalan dengan classmates yang hanya seramai 15 orang (termasuk aku). Classmates ni antara yang paling mengada-ngada. Berperang dalam group whatsapp tu perkara biasa, bermula pada hujung sem 1 sebab awal-awal sem semua malu-malu kucing, lama-lama keluarlah perangai yang kuat sentap, tak habis-habis nak left group, yang suka cari pasal, yang berkongsi soalan kuiz, jawapan tutorial. Tapi macam mana pun, belum pernah ada yang macam ni sebelum ni. Di matrik yang pertama.


Sebenarnya nak cakap rindu, nak nak bila bulan puasa ni. Jauh dari keluarga masa tu, tapi dekat dengan mereka yang jauh dari keluarga juga. :)

Sunday, 5 June 2016

Nokhtah

Haishhhh aku dok fikir (.) Apa yang aku nak nokhtah kan?

Okey secara rasminya sesi kuliah 14 minggu dah tamat.

Terima kasih kepada semua pensyarah saya pada semesta ke-2 tahun 1. Walaupun segala kuliah sudah 'dinokhtahkan' harap ilmu yang disampaikan berpanjangan kepada diri saya.

Esok dah start minggu ulang kaji.

Tapi aku akan start mengulangkaji bila balik UKM hari selasa nanti. Tangguh sekejap untuk ulangkaji, tapi diharapkan aku tak 'mengnokhtahkan' masa untuk ulangkaji.

Lepas tu exam pulak. Lepas exam cuti untuk hari raya seminggu. Lepastu mula pulak dengan pengajian sem pendek. Harap aku dapat 'nokhtahkan' mood aku untuk beraya sakan.

Semoga segala usaha untuk jadi rajin tak aku 'nokhtah' kan.

Sekian


Ramadan

Alhamdulillah, tahun ke-20 Insya Allah dipertemukan lagi dengan bulan mulia. Semakin meningkat usia ni semakin menghayati bulan ni.

Hakikatnya, bulan Ramadan ni memang ada melahirkan rasa gembira dalam hati, mungkin sebab lepas tu raya hohoho.

Tapi, rasa happy nak berpuasa ni, ada rasa syahdu sikit lah. Puasa tahun lepas, seminggu sebelum raya, arwah atok (nenek tapi panggil atok) meninggal dunia. Jadi awal puasa tu atok dah terlantar sakit. Boleh dikira sepanjang puasa sampai raya personally aku rasa syahdu.

Jadi tahun ni kira tahun yang kedua kita orang semua berpuasa dan beraya tanpa atok. Memang tahun lepas puasa tak buka sama-sama sekali dengan atok sebab atok dah tak boleh puasa. Raya lagilah, atok dah tak ada. Biasanya atok akan belikan baju raya untuk kita orang semua sedara mara, sedondon habis, tapi sekarang ni..... T.T

Walaupun atok dah tak ada kat dunia ni, tapi atok selalu ada dalam ingatan dan hati ni. Tak pernah lupa.

Semoga roh atok tenang disana.

Al- Fateha.

Selamat Berpuasa :)

Sesal

Benda yang paling aku sesalkan setiap hari, kadang-kadang setiap jam ialah 'menyesal sebab hari ni tak belajar'. Selalu macam ni. Bila tak belajar ni, aku pilih untuk tidur. Dan setiap kali bangun je mesti menyesalnya la, kalau tak masa berharga tu boleh buat benda yang berfaedah sikit.

Contoh paling dekat minggu lepas juga la. Dah tahu dah hari Isnin ada kuiz math. Aku ada banyak sangat masa untuk ulangkaji. Lagi pun sebab aku selalu fikir, kalau soalan math senang jelah sebab tu subjek kegemaran dari sekolah rendah. Lagipun benda yang tengah belajar ni kat matrik pun dah belajar, kira kat sini ulang je balik pastu ada tambahan sikit.

Ulang balik pun silibus tu tapi masa kuiz tu rasa macam bodoh gila, rasa macam tak pernah belajar pun ada. Haaaa itulah dia selalu berlagak. Markah untuk kuiz tu 15 tapi aku boleh dapat 4 je huhuhu. Jadi lepas dah jawab kuiz tu, menyesal tak sudah-sudah.