Monday, 4 April 2016

Zoolenteer!

Zoolenteer ni ialah menjadi sukarelawan kepada haiwan ni zoo (gatai benorr, onyet-onyet kat UKM ni banyak, tak nak jadi sukarelawan kat depaa haha).

Program anjuran Kelab Ekonomi FEP UKM, dan aku join program pada Jumaat, 1 April

Poyo kuasa dua.

Bergerak dari UKM pukul 9.30 pagi untuk sampai ke Zoo Taiping, Perak sana. Tak logic langsungggggg. Kalau pukul 9.30 sampai sana tak pe la jugak. Sah-sah sampai sana petang, waktu orang riadah macam tu. Mana ada dah orang bersihkan zoo ke bagi makan waktu macam tu.

Sikit tak puas hati la sebab tak dapat masuk kandang. Last-last sapu sekitar jalan tar tu je. Pegawai zoo tak kasik lepaskan kita orang dalam kandang sebab dia kata kurang pengawasan pegawai, dan biasanya benda tu buat waktu pagi.


Poyo kuasa 10000000000


Tapi walau macam mana pun, aku teruja tengok haiwan-haiwan tu, sebab sepanjang umur 20 tahun ni, that is my first time pergi zoo HAHAHAHAHA.

Gajah say haii. Sebab banyak sangat tengok gajah, keesokkan harinya bersubuh gajah!!



No comments:

Post a Comment