Buah
mangga ni antara buah favorite jugak la (tapi sebenarnya semua jenis buah aku
makan). Ni dia buah mangga, kot-kot ada yang tak tahu.
Setakat ni benda yang paling craving dengan buah mangga ni ialah pulut mangga.
Masa
belajar dekat KMP dulu waktu sem 2, ada makcik dari Siam ni dia meniaga buah,
macam-macam jenis buah dan yang penting buah dia manis-manis. Tapi ada pelam
masam sikit, masam teruk (aku tak tahan sangat dengan masam) dan manis. Lepas
tak lama tu, makcik ni jual pulak pulut mangga.
Waktu dia
adun pulut tu perghhhhh nampak sedap je. Sebab aku suka makan pulut so tu yang
semua benda nampak sedap. Tapi tulah sayangnya, tak pernah beli pulut mangga
kat situ, TAK PERNAH okey.
Sebabnya
waktu kat matrik elaun bukan banyak mana, sampai bab makan pon aku berkira,
huhuhu. Yelah sebab aku fikir dari beli pulut mangga, baik beli nasi dapat
kenyang sehari. Lepastu sampai ke hari ni, aku terbayang-bayang lagi mangga tu,
pulut dia dengan santan tu dalam plastic kecil.
Laa ni,
dah survey kedai makan yang ada pulut mangga area Bangi ni dengan Fariha. Tapi
tu lahh, bila nya nak pergi. So tak dapat makan pulut mangga, dapat makan
mangga dari Midi Mart Kajai ni pun cukup laaaa.



No comments:
Post a Comment