Monday, 28 March 2016

Lupa


. Benda yang aku lupa ialah hari berperistiwa. Iaitu 27 Februari. Hari apa ni? Ni ialah hari ulang tahun kelahiran Nur Raihana.

Rai, aku kenal dia sejak sekolah menengah tingkatan 1. Tapi kesahnya aku tak sekelas dengan dia. Dia kelas B, aku kelas C. Bodoh sikit je dari dia kahkah. Tapi aku tak berapa suka dia waktu tu, sebab dia macam sombong semacam pastu garang. Bila subjek PJK, kelas kita orang akan gabung, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan lelaki. Walaupun nama dia kelas Pendidikan Jasmani, tak de lah selalu main kat padang, kadang belajar jugak dalam kelas (bosan gila, tapi bila form 5, waktu PJK jadi waktu sejarah, lagilaaa).

Dan satu hari ni kita orang budak perempuan pi la kelas B sebab nak combine. Dah memekak dalam kelas tu pastu semua turun pi dataran dan orang yang terakhir keluar dari kelas tu budak kelas aku. Pastu aku naik balik, Rai pon sama (aku dengan kawan aku, Rai dengan kawan dia) dan pintu kelas tu tak terkunci. Dan aku terdengar si Rai ni membebel

“Bukan tau kunci pintu balik…..”

Start dari hari tu, aku berikrar dalam hati

“Aku tak nak la kawan dengan dia ni bla.. bla.. bla..” (Hahahaha lawak gila bila ingat balik)

Bila tingkatan 2, aku naik kelas B tu, sekelas lah dengan Rai (Alhamdulillah dah bijak sikit kahkahkah). Dia duduk belakang bawah kipas, memang mewah la dia sebab waktu tu kipas lagi dua kat depan tak berfungsi. Geram betul aku, duduk depan belah tepi pulak tu, angin luar segan nak masuk T.T

Rai dan geng-geng nya agak kecoh dibelakang, tapi aku sabo jelah sebab aku teringatkan kegarangan dia masa form 1. Begitu la kehidupan dalam kelas tu. Aku pernah je bual-bual dengan dia tapi sekejap-sekejap je and malu-malu, penuh dengan kesopanan gitu hahaha. Sampai la nak akhir tahun, aku tiba-tiba rapat dengan dia (malas nak cerita sbb panjang sangat). Lepastu naik form 3 kira dah betul-betul rapat la.

Sekelas dengan dia sampai form 5. Gaduh tu pernah, paling-paling tak bercakap la, tak de sampai bertumbuk semua. Bila keluar result kemasukan matrik tu, pagi-pagi dia dah mesej.

“Dapat masuk matrik tak? Matrik mana?”

Gelak besar jugak la bila sama-sama masuk matrik Perlis nun jauh di utara sana. Lepas tu bila nak masuk university dapat sama jugak, hmm hmmm senyum jelah. Ramai kot Tanya

“Kau janji eh nak masuk UKM sama dengan Rai.”

Untuk sepanjang perkenalan ni, Rai selalu ada dengan aku, sikit banyak ajar aku hidup berdikari. Tak berkira kalau dengan aku, walaupun kat matrik tak adalah jumpa hari-hari. Kat sini lagilah, kolej pon lain-lain. Dan walaupun kita mungkin tak serapat dulu (tapi ada dalam hati I MUAHCIKED) ialah kau pun ada life sendiri kan kat sini, and aku pun. You just like my fairy godmother. Padahal dulu bukan main bersumpah tak nak kawan dengan Rai.



SO untuk sebulan yang dah berlalu ni, HAPPY 20TH BIRTHDAY RAIHANA. Semoga sihat selalu, gembira, panjang umur murah rezeki dan Berjaya dunia akhirat. Aku tak pernah lupa tarikh hari lahir kau, cuma aku lupa hari tu ialah 27 Feb. 


No comments:

Post a Comment