Friday, 11 March 2016

LESU

Lesu...

Minggu ni sangat melesukan. Assignment tu jangan cakap la, kira memang tiap-tiap minggu ada dan banyak pulak tu (nak dibandingkan dengan sem 1 dulu). Bukan setakat assignment je, tapi sebab aku dilanda (cehh dilanda konon) demam. Demam panas kot.

Aku ni kalau demam memang jarang, tapi kalau dah sekali kena tu, zappp agak teruk dan berpanjangan jugak. Badan ni dia punya LESU sampai aku rasa nak tidur je. Malas dia perghhh sampai makan pon aku rasa malas. Haaa nampak tak.

Masalah aku kalau demam ni, aku tak suka makan ubat. Kalau kecil-kecil dulu memang kena makan la sebab yang jaga aku sakit ibu. So ibu akan bagi ubat on time, sebelum makan ubat kena makan nasi dulu, perut tak boleh kosong.

Tapi bila dah besar ni, dah kena jaga diri sendiri, bila demam memang tak aku nak masukkan segala macam ubat dalam badan ni. Bukan takut makan ubat sebab pahit (kalau dah teruk sangat aku makan ubat), tapi entahlah. Bagi aku biarlah demam tu baik sendiri dengan rehat yang secukup-cukupnya.

Dan setiap kali demam, remind myself yang aku ni mungkin BERDOSA!

No comments:

Post a Comment