Aku ialah anak angkat kepada sepasang suami isteri yang menetap di Muar Johor. Macam mana aku boleh jadi anak angkat dorang? Sebab aku join program kolej iaitu Program Basiska VI (Bakti Siswa Sukarelawan Kajai VI).
So disebabkan dorang ni mak ayah angkat, kena la panggil ayah/abah/bapak dan mak/ibu. Tapi keluarga angkat kita orang ni unik sebab kami panggil Tok Ayah dan Tok Mak.
Basiska ni bagi aku program yang sangat-sangat bagus sebab matlamat utama nak tolong orang/berbakti kepada masyarakat sebab kita mahasiswa ni sebenarnya datang dari masyarakat. Jadi sebagai membalas jasa baik budi masyarakat, aktiviti kemasyarakatan itu sendiri perlu diperbanyakkan.
"Harapkan jalinan yang terjalin seketika ini akan berkekalan sampai bila-bila dengan orang kampung"
No comments:
Post a Comment