Monday, 28 March 2016

Lupa


. Benda yang aku lupa ialah hari berperistiwa. Iaitu 27 Februari. Hari apa ni? Ni ialah hari ulang tahun kelahiran Nur Raihana.

Rai, aku kenal dia sejak sekolah menengah tingkatan 1. Tapi kesahnya aku tak sekelas dengan dia. Dia kelas B, aku kelas C. Bodoh sikit je dari dia kahkah. Tapi aku tak berapa suka dia waktu tu, sebab dia macam sombong semacam pastu garang. Bila subjek PJK, kelas kita orang akan gabung, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan lelaki. Walaupun nama dia kelas Pendidikan Jasmani, tak de lah selalu main kat padang, kadang belajar jugak dalam kelas (bosan gila, tapi bila form 5, waktu PJK jadi waktu sejarah, lagilaaa).

Dan satu hari ni kita orang budak perempuan pi la kelas B sebab nak combine. Dah memekak dalam kelas tu pastu semua turun pi dataran dan orang yang terakhir keluar dari kelas tu budak kelas aku. Pastu aku naik balik, Rai pon sama (aku dengan kawan aku, Rai dengan kawan dia) dan pintu kelas tu tak terkunci. Dan aku terdengar si Rai ni membebel

“Bukan tau kunci pintu balik…..”

Start dari hari tu, aku berikrar dalam hati

“Aku tak nak la kawan dengan dia ni bla.. bla.. bla..” (Hahahaha lawak gila bila ingat balik)

Bila tingkatan 2, aku naik kelas B tu, sekelas lah dengan Rai (Alhamdulillah dah bijak sikit kahkahkah). Dia duduk belakang bawah kipas, memang mewah la dia sebab waktu tu kipas lagi dua kat depan tak berfungsi. Geram betul aku, duduk depan belah tepi pulak tu, angin luar segan nak masuk T.T

Rai dan geng-geng nya agak kecoh dibelakang, tapi aku sabo jelah sebab aku teringatkan kegarangan dia masa form 1. Begitu la kehidupan dalam kelas tu. Aku pernah je bual-bual dengan dia tapi sekejap-sekejap je and malu-malu, penuh dengan kesopanan gitu hahaha. Sampai la nak akhir tahun, aku tiba-tiba rapat dengan dia (malas nak cerita sbb panjang sangat). Lepastu naik form 3 kira dah betul-betul rapat la.

Sekelas dengan dia sampai form 5. Gaduh tu pernah, paling-paling tak bercakap la, tak de sampai bertumbuk semua. Bila keluar result kemasukan matrik tu, pagi-pagi dia dah mesej.

“Dapat masuk matrik tak? Matrik mana?”

Gelak besar jugak la bila sama-sama masuk matrik Perlis nun jauh di utara sana. Lepas tu bila nak masuk university dapat sama jugak, hmm hmmm senyum jelah. Ramai kot Tanya

“Kau janji eh nak masuk UKM sama dengan Rai.”

Untuk sepanjang perkenalan ni, Rai selalu ada dengan aku, sikit banyak ajar aku hidup berdikari. Tak berkira kalau dengan aku, walaupun kat matrik tak adalah jumpa hari-hari. Kat sini lagilah, kolej pon lain-lain. Dan walaupun kita mungkin tak serapat dulu (tapi ada dalam hati I MUAHCIKED) ialah kau pun ada life sendiri kan kat sini, and aku pun. You just like my fairy godmother. Padahal dulu bukan main bersumpah tak nak kawan dengan Rai.



SO untuk sebulan yang dah berlalu ni, HAPPY 20TH BIRTHDAY RAIHANA. Semoga sihat selalu, gembira, panjang umur murah rezeki dan Berjaya dunia akhirat. Aku tak pernah lupa tarikh hari lahir kau, cuma aku lupa hari tu ialah 27 Feb. 


Lemau

Benda yang melemaukan ialah bila tengok blog sendiri T.T

SATU, tajuk dia semua hmmm nak cakap pon rasa serba salah. Tapi itulah hakikatnya untuk entri yang bertema ni, banyak sangat negatif.

DUA, tajuk-tajuk yang diberi tu aku tak ada banyak sangat idea nak berkarya (berkarya la sangat). Atau mungkin sebenarnya aku yang tak pandai jadi pencerita kot.

TIGA, aku punya lah malas nak post new entry yang bertema ni hahahahaha sebab menghadkan luahan hati. Sebab kalau bertema mana boleh lari dari tajuk. Tapi rasanya ada jugaklah yang lari sikit-sikit.

Dan yang pasti, untuk entri kali ni aku tahu, tersangatlah lemaunya. Bila dah baca mesti rasa macam

"Ini je??? Bosannya lahaii"

Tak pelah, yang penting patah perkataannya cukup dan tak ada syarat kena post benda yang best :P (NAMPAK TAK IKHLASNYA TU)

Monday, 21 March 2016

HAKEBA

Semalam Ahad (20.032016) berlangsungnya BBQ untuk HAKEBA (HAKEBA ya bukan HAKERA hehe)
Gambar teruja sikit


HAKEBA ni macam majlis penghargaan untuk semua ahli Basiska. Dan rasa sangat dihargai sangat sebab post yang aku pegang dapat anugerah post yang perform dalam menjalaskan tugas semasa Basiska.

Post yang aku pegang ialah post publisiti, dibawah pimpinan (cewah) Nadhi.

Nad, Aku, Far, Aliya


So, basically kerja publisiti ni agak senang nak berbanding post lain. Susah juga la sebenarnya sebab kena perah otak untuk design yang cantik dimata orang lain. Banyak kali juga lah kena reject. Kerja yang kite orang kena buat ialah buat banner, flyer, logo dan digital board. Semasa program  Basiska, of course lah kena ambil gambar sepanjang program tu.

Benda yang paling susah nak buat ialah video. Susah la sebab aku agak lembab dengan segala macam apps ni. Tapi bila program ni dah habis, aku rasa puas hati sangat-sangat. Rasa macam nak join lagi sem depan.


Macam mana pun kalau nak buat kerja, bila dapat geng-geng yang sekepala, benda yang kita buat akan jadi seronok even ada pressure sikit.





Pasrah

Dalam hidup ni, siapa je yang tak pernah kena uji, kan? Semua pernah kot, bahkan manusia yang paling baik sekali. Dan biasanya ujian yang kita hadapi ni tanda Tuhan nak test hati ni kuat ke tak. Dan benda yang paling berat dalam ujian tu selain daripada kena hadapi, kita kena lepaskan juga sesuatu benda tu dengan hati yang pasrah.

Bagi aku, benda ni lah yang paling berat nak lalui. Terutamanya orang yang macam aku, yang keras hati dalam diam, suka pendam atau dalam erti kata yang mudah, aku agak pendendam orangnya (yes sangat keji).

Apa benda yang aku hadapi, dekat mulut aku mungkin cakap okey, tapi dalam hati ni kadang-kadang menyumpah kot. Aku mungkin akan dapat lupakan hal tu untuk seketika waktu, tapi kalau teringat balik tu secara tiba-tiba, huh sekecil-kecil hal aku akan ingat balik, walaupun dengan family ataupun kawan rapat.

Memang aku susah nak mempasrahkan semua perkara pahit dalam hidup ni sebab kita manusia hidup dalam mengenang kenangan, susah nak move on.
Mungkin aku perlu memuhasabah diri dalam memasrahkan sesuatu perkara, tapi kena ingat juga

“aku pun manusia kot, sesekali tu mengalah lah 



Monday, 14 March 2016

Kawan

Kawan,
kita ada macam jenis kawan, 
yang suka gelak sama-sama, tapi bila sedih seorang diri (siapa suka share benda tak best haha kejam)

Ada juga yang suka bercerita pasal dia dan berkaitan dengan dia dan yang dia tahu dan lain-lain,
tanpa berhenti (come on aku pun nak bercerita juga!!)

Dan ada juga yang baik gila,
sikit-sikit belanja makan, pastu belanja lagi, tolong ajar buat assignment la
senang cerita baik gila dalam bab tolong-menolong ni..

Yang jahat gila pun ada, tapi bukan kawan aku hehe.
 
Yang tolong waktu susah pun ada.

Kita semua ni pasti ada kawan yang bermacam ragam dan kadang-kadang kita tak suka perangai mereka tu (termasuk yang baik gila tu, ialah sebab kadang-kadang aku tak baik pun untuk dia).

Memang kena sabar la. Tapi kalau aku tak suka dengan perangai dorang waktu tu, aku biasanya tak cakap pun,

"Weh aku tengah tak suka kau ni, baik kau diam."

Biasanya aku akan buat ekspresi muka yang berbagai haha. Paling dah malas gila aku diam, pastu kalau dia tanya benda, jawab pendek gila. Tak payah bukak mulut, tak payah gerak lidah, benda paling simple just jawab

"Hmm.." (Kalau berulang sangat jawapan, yelah sebab dia banyak tanya, gelak hambar sikit la)


Friday, 11 March 2016

LESU

Lesu...

Minggu ni sangat melesukan. Assignment tu jangan cakap la, kira memang tiap-tiap minggu ada dan banyak pulak tu (nak dibandingkan dengan sem 1 dulu). Bukan setakat assignment je, tapi sebab aku dilanda (cehh dilanda konon) demam. Demam panas kot.

Aku ni kalau demam memang jarang, tapi kalau dah sekali kena tu, zappp agak teruk dan berpanjangan jugak. Badan ni dia punya LESU sampai aku rasa nak tidur je. Malas dia perghhh sampai makan pon aku rasa malas. Haaa nampak tak.

Masalah aku kalau demam ni, aku tak suka makan ubat. Kalau kecil-kecil dulu memang kena makan la sebab yang jaga aku sakit ibu. So ibu akan bagi ubat on time, sebelum makan ubat kena makan nasi dulu, perut tak boleh kosong.

Tapi bila dah besar ni, dah kena jaga diri sendiri, bila demam memang tak aku nak masukkan segala macam ubat dalam badan ni. Bukan takut makan ubat sebab pahit (kalau dah teruk sangat aku makan ubat), tapi entahlah. Bagi aku biarlah demam tu baik sendiri dengan rehat yang secukup-cukupnya.

Dan setiap kali demam, remind myself yang aku ni mungkin BERDOSA!

Monday, 7 March 2016

"Anak Angkat"

Aku ialah anak angkat kepada sepasang suami isteri yang menetap di Muar Johor. Macam mana aku boleh jadi anak angkat dorang? Sebab aku join program kolej iaitu Program Basiska VI (Bakti Siswa Sukarelawan Kajai VI).

So disebabkan dorang ni mak ayah angkat, kena la panggil ayah/abah/bapak dan mak/ibu. Tapi keluarga angkat kita orang ni unik sebab kami panggil Tok Ayah dan Tok Mak.

Basiska ni bagi aku program yang sangat-sangat bagus sebab matlamat utama nak tolong orang/berbakti kepada masyarakat sebab kita mahasiswa ni sebenarnya datang dari masyarakat. Jadi sebagai membalas jasa baik budi masyarakat, aktiviti kemasyarakatan itu sendiri perlu diperbanyakkan.

"Harapkan jalinan yang terjalin seketika ini akan berkekalan sampai bila-bila dengan orang kampung"

A.K.U

Nama aku Nur Aqilah bt Mohamad Hatta. Nama panggilan Aqilah, Qila, La (ibu yang panggil), Qa (abang yang panggil) - ya ya tahu banyak panggilan tapi panggil je Qila. Umur belum cukup 20 lagi, 1 hari bulan lapan nnt baru cukup. Umur nak dekat 20 tapi ada mokcik ni cakap macam tingkatan 2 hahaha.

Apa yang ada pasal AKU ni? Tak ada apa sangat la, tapi yang penting hipokrit tu ada la huhu. Kadang-kadang jadi hipokrit ni sebab nak puaskan hati orang lain. Bukan ke ada kemurnian disebalik kehipokritan aku tu. Sebab kadang-kadang aku malas nak panjangkan suatu benda tu, so bila nak decide satu benda tu aku just

"Hmmm okey la tu, boleh la"

Lalu settle la masalah tu (ya aku tahu aku ni bagus hehe)

So itu la AKU untuk setakat ni korang tahu. Peace.