Monday, 6 June 2016

Perkenalan

Aku tak biasa memulakan suatu perkenalan. Tapi bila dah serasi, perkenalan itu masih utuh.

Bila kita berpindah dari suatu tahap dalam kehidupan, tak kesah lah pindah rumah ke, pindah umur ke, mesti kita akan jumpa orang baru. Dan mestilah kita nak ada kawan.

Macam aku, dari sekolah menengah berpindah ke peringkat matrikulasi, itulah percubaan pertama yang terbesar aku berkenalan dengan orang dari mana-mana negeri. Boleh disimpulkan perkenalan pertama dengan roommates seramai 5 orang adalah yang sangat happening. Kita orang boleh dikatakan rapat, makan sama-sama, tidur pun pernah sama-sama, tengok movie dekat laptop pun boleh elok je sama-sama, nak nak cerita running man, nak mandi dan basuh baju berebut, pergi masjid kalau rajin, kalau tak rajin pergi, pun bersama-sama juga.



Yang kedua, berkenalan dengan classmates yang hanya seramai 15 orang (termasuk aku). Classmates ni antara yang paling mengada-ngada. Berperang dalam group whatsapp tu perkara biasa, bermula pada hujung sem 1 sebab awal-awal sem semua malu-malu kucing, lama-lama keluarlah perangai yang kuat sentap, tak habis-habis nak left group, yang suka cari pasal, yang berkongsi soalan kuiz, jawapan tutorial. Tapi macam mana pun, belum pernah ada yang macam ni sebelum ni. Di matrik yang pertama.


Sebenarnya nak cakap rindu, nak nak bila bulan puasa ni. Jauh dari keluarga masa tu, tapi dekat dengan mereka yang jauh dari keluarga juga. :)

Sunday, 5 June 2016

Nokhtah

Haishhhh aku dok fikir (.) Apa yang aku nak nokhtah kan?

Okey secara rasminya sesi kuliah 14 minggu dah tamat.

Terima kasih kepada semua pensyarah saya pada semesta ke-2 tahun 1. Walaupun segala kuliah sudah 'dinokhtahkan' harap ilmu yang disampaikan berpanjangan kepada diri saya.

Esok dah start minggu ulang kaji.

Tapi aku akan start mengulangkaji bila balik UKM hari selasa nanti. Tangguh sekejap untuk ulangkaji, tapi diharapkan aku tak 'mengnokhtahkan' masa untuk ulangkaji.

Lepas tu exam pulak. Lepas exam cuti untuk hari raya seminggu. Lepastu mula pulak dengan pengajian sem pendek. Harap aku dapat 'nokhtahkan' mood aku untuk beraya sakan.

Semoga segala usaha untuk jadi rajin tak aku 'nokhtah' kan.

Sekian


Ramadan

Alhamdulillah, tahun ke-20 Insya Allah dipertemukan lagi dengan bulan mulia. Semakin meningkat usia ni semakin menghayati bulan ni.

Hakikatnya, bulan Ramadan ni memang ada melahirkan rasa gembira dalam hati, mungkin sebab lepas tu raya hohoho.

Tapi, rasa happy nak berpuasa ni, ada rasa syahdu sikit lah. Puasa tahun lepas, seminggu sebelum raya, arwah atok (nenek tapi panggil atok) meninggal dunia. Jadi awal puasa tu atok dah terlantar sakit. Boleh dikira sepanjang puasa sampai raya personally aku rasa syahdu.

Jadi tahun ni kira tahun yang kedua kita orang semua berpuasa dan beraya tanpa atok. Memang tahun lepas puasa tak buka sama-sama sekali dengan atok sebab atok dah tak boleh puasa. Raya lagilah, atok dah tak ada. Biasanya atok akan belikan baju raya untuk kita orang semua sedara mara, sedondon habis, tapi sekarang ni..... T.T

Walaupun atok dah tak ada kat dunia ni, tapi atok selalu ada dalam ingatan dan hati ni. Tak pernah lupa.

Semoga roh atok tenang disana.

Al- Fateha.

Selamat Berpuasa :)

Sesal

Benda yang paling aku sesalkan setiap hari, kadang-kadang setiap jam ialah 'menyesal sebab hari ni tak belajar'. Selalu macam ni. Bila tak belajar ni, aku pilih untuk tidur. Dan setiap kali bangun je mesti menyesalnya la, kalau tak masa berharga tu boleh buat benda yang berfaedah sikit.

Contoh paling dekat minggu lepas juga la. Dah tahu dah hari Isnin ada kuiz math. Aku ada banyak sangat masa untuk ulangkaji. Lagi pun sebab aku selalu fikir, kalau soalan math senang jelah sebab tu subjek kegemaran dari sekolah rendah. Lagipun benda yang tengah belajar ni kat matrik pun dah belajar, kira kat sini ulang je balik pastu ada tambahan sikit.

Ulang balik pun silibus tu tapi masa kuiz tu rasa macam bodoh gila, rasa macam tak pernah belajar pun ada. Haaaa itulah dia selalu berlagak. Markah untuk kuiz tu 15 tapi aku boleh dapat 4 je huhuhu. Jadi lepas dah jawab kuiz tu, menyesal tak sudah-sudah.

Monday, 23 May 2016

Peluang

Banyak peluang yang kita dah dapat sejak kita lahir lagi.

Celik-celik mata je, kita dilahirkan di sebuah negara yang dah tamat zaman perangnya. Masa depan cerah terjamin.

Lepas tu, diberi peluang pulak bersekolah, tapi biasalah, nak bangun pagi pun bukan main pulun mak nak kena kejut. Tapi bangun juga.

Peluang atas pemberian kesihatan tubuh badan, boleh bermain. Bergerak sana sini tanpa perlu tunggu bantuan orang lain untuk beredar. Tak perlu menunggu.

Lepas tu peluang perkerjaan yang kita dapat, dapat menanggung segala keperluan malah kemahuan.

Banyakkan peluang kan kita dapat? Tapi pernah kita bersyukur? Orang lain ada yang tak berpeluang merasa kenikmatan macam kita dapat. Tapi kita mana nak hirau. Yang kita sibuk hiraukan, kita nak peluang kehidupan macam orang yang lebih berada sedangkan kita tak mampu dan apa yang ada sebenarnya sudah mencukupi.

Belajarlah bersyukur, sekurang-kurangnya kita ada walaupun tak mewah. Nak dibandingkan mereka yang tak berpeluang langsung merasa semua nikmat ni. Moga nikmat diberi di lain alam atas kekurangan kini.

Muhasabah diri.

Hiking

Semalam (22.05-Sabtu) untuk pertama kalinya aku pergi hiking kat Gunung Angsi. Program ni sebenarnya program budak FST, tapi bila ada yang ajak aku pun ikut la. Lagipun teringin nk mendaki gak, sebab bila orang post gambar tengok keindahan alam dari atas nampak cantik. Nak rasa kesemulajadiannya tu. Kalau boleh nak try daki Bukit Broga je dulu, tapi alang-alang dah ada yg ajak ke tempat lain, go on jelah terus.

Pagi-pagi lepas subuh terus gerak tapi sebelum tu singgah rnr dulu untuk sarapan. Yelah nak isi tenaga nak mendaki. Dalam pukul 8.30 mcm tu sampai la ke Bukit Putus. Pastu buat stretching untuk panaskan badan sebelum mendaki. Aku kira gigih jugak la masa buat stretching tu sebab leader dia cakap "kalau boleh bagi badan tu panas betul". Yelah kalau tak buat betul-betul nanti cramp pulak.


Start mendaki, dimulakan dengan naik tangga dulu. Naik tangga tu pun dah rasa mengah. Belum betul-betul start lagi. Tak lama lepas tu, mula lah mendaki kwasan yang pacak. Cuaca memang okey, tapi matahari tak keluar, so jalan tu agak berlecak dan basah. Bila sampai kawasan yang pacak ni, licin jugak la. Masa nak mendaki yang pacak ni, aku memang rasa nak nangis sebab aku dah tak larat. Rasa badan ni berat gila. Sampai fikir nak turun balik je padahal baru 5 minit. Tapi tak lama tu banyak jugak la yang mendatar so menaikkan semangat sikit.


Ramai jugak la yang hiking hari tu, orang cina india mat saleh semua ada. Bila kita mendaki dan dorang nak turun, mesti dorang bagi kata semangat. Tu yang rasa macam wowww.



Untuk aku yang baru first time mendaki ni soalan yang paling lazim keluar dari mulut ialah "jauh lagi ke nak sampai?" Pastu dorang akan jawab "kejap je lagi ni" "10 minit je lagi". Untuk yang tak pernah mendaki gunung ke bukit ke, jangan pernah tanya soalan macam ni sebab jawapan yang kau dapat memang 90% tipu kahkahkah.

Tapi bila betul-betul dah nak sampai tu, aku rasa makin semangat. Macam mana nak tahu dah nak sampai? Kau akan nampak kabus. Tapi bila dah nak sampai tu, kene naik pacak yang terakhir, boleh pulak time tu kaki ni cramp kt bahagian betis. Perghh rasa macam nak nangis sebab aku rasa tu first time kena. Pastu bila dorang tolong nak regangkan tu, bila dia tahan kaki aku, terkejut beruk aku dia punya rasa sakit. Menjerit la cite dia, bergegar satu hutan tu (tak tipu je). Pastu dorang cakap "tahan jap eh, tahan jap". Pastu rilek-rilek jap, then sambung balik. Bila dah nampak langit biru, aku tak rasa wow dulu, tapi aku terus duduk tegakkan kaki hahaha sebab cramp tak hilang lagi. Pastu makan, pastu baru la menikmati keindahan alam.


Antara naik dgn turun, mesti orang yg tak pernah hiking fikir naik lagi penat, tapi sebenarnya tak. Turun lagi penat, sebab bila naik makin lama makin rasa sejuk sebab suhu pada aras tinggi makin rendah tapi kalau turun sebaliknya. Lepastu kalau turun kita kena tahan beban badan dari jatuh. Tapak kaki memang sakit gila sebab tertahan. Pastu sekali lagi aku cramp. Ni kat bahagian betis, tapi tak sesakit masa naik. Aku rasa aku sorng je yang cramp huhu lembik gila. Tapi bila cramp ni semua orang caring, "Qila okey?" "Kaki okey tak?" Terharu gitu, lagi-lagi bila gula hati tanya, ehh.. Bila dah cramp lagi sekali ni, memang laju terus aku nak turun. Dah tak fikir apa dah janji sampai bawah.

Bila nak sampai bawah tu dah nampak jalan raya, rasa bahagia da. Masa ni kaki shaking habis hahahaha lawak gila. Sepanjang pendakian semuanya selamat. Pencapaian baru untuk diri sendiri yang rasa tak boleh mendaki sebab ada semput tapi berjaya juga akhirnya.






*p/s: terima kasih semua terutamanya yang tolong waktu cramp dan prihatin sepanjang pendakian selepas cramp

Monday, 16 May 2016

Marak'16

Marak adalah Malam Anugerah Kolej Rahim Kajai. Kira dinner kolej untuk sesi 2015/2016 ni. Nak cerita pasal apa ek?? Hmmm

So basiclly, salah satu diadakan dinner ni nak bagi anugerah pada warga kajai dan juga pihak yang terlibat dalam program-program yang berlangsung yang berkaitan dengan Kolej Rahim Kajai.

Untuk dinner ni, aku tak masuk campur untuk persiapan, maksudnya aku tak terlibatkan diri sebagai AJK sebab malas hahaha.

Tema tahun ni bollywood. Boleh dikatakan meriah la sebab dari segi nak berpakaian pun macam-macam boleh pakai dengan warna yang pelbagai, jadi tak ada la nampak macam hambar.

Benda yang meriahnya ialah bila persembahan. Aku teruja jugak la tengok tarian-tarian bollywood ni. Sebab aku pun buat persembahan dengan team Basiska. Tapi kayu gila la bila menari hahahaha. Happening sebab muzik lagu-lagu bollywoodkan meriah gitu.




Siblings

Aku ada ramai adik-beradik. Ikut susunan aku ni anak no 3, ada sorang abang, sorang kakak, sorang adik perempuan, dua orang adik lelaki.

Masa kecil-kecil, benda yang aku selalu nampak antara adik-beradik aku ni ialah gaduh. Waktu tu bagi aku adik-beradik ramai ni menyusahkan, kejap gaduh dengan yang ni, pastu kena mengalah dengan yang ni. Yang kena tahan jeles lagi, nak nak dengan adik-beradik perempuan.

Keluarga aku ni bukan senang sangat. Masa kecil-kecil tu kira aku ni rasa la macam mana hidup cukup-cukup makannya. Benda yang kita orang akan dapat akan dikongsi. Bayangkan la kalau benda tu dahla sikit, kena kongsi lagi, memang ciput la merasa.

Dengan adik-beradik ni benda yang kita akan selalu rasa ialah cemburu. Dulu masa sekolah rendah, aku pergi sekolah naik basikal. Pukul 6.30pg aku dah kayuh basikal pastu parking dekat sebelah kedai elektronik. Jalan sikit naik jenjantas pulak nak ke seberang jalan. Beg waktu sekolah rendah dah la berat. Kalau bahasa melayu tu ada 8 buah buku, lapan-lapan jugak aku bawak sebab tak tahu cikgu nak guna buku yang mana. Nak dibandingkan adik aku pergi sekolah naik van (tapi sebab sekolah dorang jauh) tapi kira tak adil juga la, dorang sekolah melayu, aku, abang dengan kakak aku sekolah cina, cikgu garang. Kena rotan dekat tapak tangan perkara biasa!!! Dorang pernahke rasa??

Lepas tu kalau bab makanan, aku selalu dapat sikit. Kadang-kadang tak merasa pun. Tapi kalau aku ada benda tu laju je ibu cakap "kongsi dengan adik-adik, kalau tak nak kongsi jangan makan depan dorang". Kadang-kadang geram je kalau ingat balik. Lepas tu aku mula la perangai kedekut, semua benda aku taknak share dah.

Tapi tu masa aku budak lagi lah. Masa belajar dekat Perlis pon aku masih dengan perangai kedekut tu. Entahlah aku rasa adik-adik aku ni tak pernah mengalah dengan aku, sampai hak aku pun aku tak rasa. Tapi bila dah masuk u ni, lama-lama aku rasa aku ni kejam jugak. Aku belajar untuk berkongsi. Sebab bila fikir balik, aku diberi kesempatan untuk belajar dekat universiti nak dibandingkan dengan kakak aku. Mungkin sebahagian duit untuk makan minum kat rumah untuk adik-adik, bapak salurkan untuk aku, mungkin duit tu sepatutnya untuk dorang makan sedap, tapi bila bagi kat aku hmmm entah kemana-mana aku guna.

Mungkin itula sebabnya kenapa aku rasa bahagian aku masa kecil-kecil aku tak dapat sebab itu untuk dorang. Dengan adik-beradik juga la aku belajar bersyukur. Jadi bila sekarang ni aku dah besar, mungkin aku boleh jadi contoh untuk dorang, Mungkin ini je la cara aku nak balas jasa dorang atas segala perkara yang dorang selalu mengalah. Kecil-kecil mungkin rasa menyusahkan, tapi sebenarnya dorang la teman sepermainan kita, tahu kita ni macam mana sebab kita kongsi darah yang sama.

p/s: aku rindu rumah ni nak jumpa dengan semua orang

Sunday, 15 May 2016

Putus

Antara putus kawan dengan putus cinta mana lagi sakit? Tapi kalau nak dibandingkan putus silaturahim dengan keluarga la paling sakit, jadi itu kita letak tepi.

Kalau nak aku bagi jawapan, apa yang aku boleh cakap aku tak tahu. Sebab dua-dua aku tak pernah rasa. Kalau putus cinta, aku tak pernah bercinta so tak tahu seberapa tinggi frush menonggengnya. Kalau putus kawan, bukan tak pernah berkawan, tapi tak pernah putus kawan.... lagi.

Aku ada kawan yang aku kenal dari zaman sekolah, sampai masuk u ni aku masih sama-sama dengan dia. Ya Raihana Bundawan la orangnya. Sebelum ni aku ada post pasal Rai and ada antara ayat aku tu buat orang rasa "kau gaduh ke dengan Rai?"

Hahahaha nak gelak okey aku dengar. Hmm aku tak gaduhlah dengan Rai. Okeylah andai dikatakan aku putus persahabatan dengan Rai. Dengan orang yang aku dah kenal hampir 5 tahun, selalu tolong aku, selalu sangat. Kalau balik kampung sama-sama. Pastu belajar dekat tempat yang sama, senang sangat nak jumpa. Pastu tiba-tiba putus kawan. Kalau terserempak buat-buat tak kenal. Hmmm agak-agak rasa apa ek?

Kalau boleh taknak terbayang pun apa yang akan aku rasa, sebab aku tak pernah mengharapkan terputusnya sebuah sahabatan. Memang dia bukan siapa-siapa kita 5 tahun yang lepas, tapi bila dia dah datang dalam hidup kita, susah senang kita kadang-kadang dia yang sama-sama tanggung. Terima kasih kawan dengan aku, layan perangai aku yang annoying dia rasa macam 'kau ni menyusahkan la' hahaha.

Monday, 9 May 2016

Carut

Sejujurnya aku paling tak suka bila orang tu marah pastu dia mencarut. Aku pun tak suka mencarut tapi kadang-kadang tu ada la jugak meng'bodoh'kan sesuatu perkara tu bila marah. "Bodoh, bodoh, bodoh - dah macam berzikir pulak". Dan aku tak suka perkara yg aku tak suka tapi aku buat.

Dalam dunia ni ada tak yang tak pernah mencarut? - tak nak tahu yang tak boleh cakap

Kalau ada meh jumpa dengan aku. Nak tahu mcm mana boleh tahan sabar. Bukan takat waktu marah, waktu bergurau senda jugak. Kadang-kadang tengah bergurau tu la rancak mencarutnya.

Tapi paling tak tahan kalau yang mencarut tu budak kecil. Pastu dia mencarut depan kau. Contoh dia main kat tengah jalan depan rumah dia dengan kawan-kawan dia pastu kau nak lalu naik kereta, of course la makan jalan tu banyak. Nak tak nak budak-budak tu kene alih kalau tak kene langgar. Pastu sambil dorang berlalu pergi tu, dorang boleh bodoh kan kau sebab terpakse tunda bermain. Kalau aku menyirap. Hmmm

Perlu ke aku keluarkan 100 perkataan carut pada post kali ni untuk memenuhi tema "carut"?


Saturday, 30 April 2016

Kolej

Bukan nak cerita pasal Kolej Rahim Kajai, tapi kolej yang aku pernah stay sebelum ni.

KOLEJ MATRIKULASI PERLIS, KEIMANAN MENJANA PERUBAHAN. Ya itu dia KMP.
Berapa tahun kami kmpian duduk KMP? Setahun je, tak ada PDT (program dua tahun). Tapi setahun tu dah cukup buat masing-masing susah nak move on.

Masa mula-mula orentasi kat sini aku demam, dan aku rase malas gila nak ikut orentasi. Sebab demam macam tu je aku dah fikir, "haishhh cepatlah habis matrik, tak tahan da ni". Lagipun waktu tu kat Perlis, ingat rumah kat Johor tu.

HEP siap cakap, "nanti awak semua rasa sayang nak tinggalkan KMP". Waktu tu aku buat tak endah je, dalam dewan pun aku tidur je kahkahkah.

Banyak benda belajar kat KMP ni sebab KMP ni tempat pertama yang aku merantau. Kerenah roommates, classmates pun boleh tahan perangai masing-masing, tapi itu la yang semua rindukan.

Roommates saya <3

Praktikum saya <3

Malas nak cerita panjang-panjang, kita belanja gambar banyak-banyak je kali ni..

A6T1 <3

English Drama <3


Lawan softbal dengan kelas Rai <3





Haiwan - Monyet

Kenapa pilih monyet? Hahaha sebab haiwan yang paling bahagia hidup kat UKM ni aku nampak monyet..

First of all, aku belum pernah kena kejar dengan monyet, dan aku tak harapkan perkara ni berlaku untuk tempoh dua tahun akan datang aku belajar kat sini.

Tapi dari kena kejar dengan monyet tu, ada cerita lagi seram tau. Monyet pernah masuk bilik aku T.T masa sem 1. Yeakk geli bila ingat balik sebab aku tengok muka monyet tu haa sampai fobia dibuatnya. Monyet tu masuk dari belah atas pintu balkoni (dekat atas pintu tu macam ada ruang udara). Padahal pintu tutup, lepastu monyet tu kira besar jugak la. Haishh tak habis fikir muat dia masuk lalu situ.

Nasib baik tak ada nasi berlauk kat bilik. Lepas monyet tu dah kat atas tu aku cepat-cepat keluar dari bilik. Biarkan dia nak amik apa yang ada dalam bilik tu. Roti aku dengan air kotak roommate kena amik. Habis bersepah dia makan roti tu.

Lepas dari kes monyet masuk bilik tu, aku memang tak la nak bukak pintu, nak bukak tingkat pun tak berani. Tapi sejak dua menjak ni kadang-kadang panas, so bukak jugak la. Makanan dah sorok siap-siap dalam almari.

So monyet-monyet sekalian, dont you dare get in my room anymore *macam la monyet tu faham hmm kbye

Monday, 25 April 2016

Rindu

Sebelum start, ni kali ke 3 aku tukar tajuk cerita sebab tak ada idea..

Rindu. Apa yang aku rindukan? Banyak.... banyak gila. Rindu zaman kecil-kecil dulu. Bila main mesti tak ingat dunia, kalau boleh nak start main dari pukul 3 ptg panas-panas macam tu sampai nak ke magrib baru nak balik. Pernah la sekali ibu biar kat luar kunci pintu sebab nak magrib baru ingat rumah. Waktu tu rasa nak nangis je, tapi sebab aku pun salah, so ak tunggu jela biar hati ibu sejuk nanti baru dia bukak pintu. Yelah, siapa je tak nakal waktu kecil, kan?Ibu pula garang gila kot masa aku kecil, tak berani aku nak memberontak waktu tu surub bukak pintu. Sekali tak lama tu bapak balik kerja, mesti la ibu bukak pintu hehehe so dapat la masuk rumah. 

Masa kecil-kecil mana la tahu apa. Masalah pun tak ada, hidup senang lenang betul. Buat main ikut suka hati je. Kenangan waktu kecil banyak kot dan kenanga tu la paling mahal. Dah besar-besar sekarang ni pon perangai aku macam budak-budak lagi sebab tak puas lagi jadi budak.

Dulu masa sekolah rendah mukan kemain lagi nak cepat-cepat besar, jadi dewasa la itu ini. Sekarang ni kalau sembang adik beradik, memang bukak topik masa kecil la, nak nak peristiwa yang memalukan hahaha. Ya itula yang aku rindukan, kalau boleh aku nak jadi kecil macam dulu.

Ujian

Kalau kita dilanda bencana atau musibah dipanggil ujian. Kalau nak ambil peperiksaan pon ujian juga. Dan kalau seorang manusia tu nak ambil peperiksaan sekali digemparkan oleh musibah terhadap keluarga dia contoh kematian, haa itu pon ujian, berganda beratnya nak tanggung.

Tapi ada sesetengah orang ni bila kene ujian dalam hidup, dia buat releks je macam tak ada apa pon jadi. Kira hebat la dia dapat sorokkan semua masalah dia dan tak menyusahkan orang lain. Air muka dia nampak okey tapi dalam hati berbolak baliknya tu, tak ada siapa pon tahu. Kadang-kadang kita tengok dia ni macam tak ada masalah. Orang yang macam ni la yang selalu buat kita gelak. Kadang-kadang kita yang sibuk cari masalah dalam hidup dia

Tapi ada juga yang sebaliknya. Hidup sebagai manusia ni mana la sama. Ada orang hidup senang, ada orang sakit, macam-macam lagi la. Kesempitan hidup seseorang tu kadang-kadang membuatkan manusia tu buat kesalahan ataupun dosa. Ujian yang ada dalam hidup dia mungkin dia tak kuat nak hadapi dan akhirnya ambil jalan mudah. Dan kita mungkin memandang hina dekat orang yang macam ni, tapi kita tak tahu sebabnya. Mungkin dia buat macam tu sebab nak senangkan hidup orang lain. Memang apa yang dia buat berdosa, tapi disebaliknya tu mungkin dia menyelamatkan hidup orang lain. Kita mana tahu, kan?

Hidup manusia ni lain-lain, ujian pon lain-lain. Kalau kita mampu, cuba ringankan ujian orang lain dengan cara yang betul. 😀 Memang kita pon ada masalah, tapi mana tahu masalah dia lagi berat. Dan mungkin kalau kita tolong dia, dari situ kita dapat leraikan masalah sendiri. Rezeki kita mungkin lebih, kemampuan kita mungkin banyak, jadi kongsikan la.

Aman tanpa gaduh ✌

Thursday, 14 April 2016

Jiran

Bukan jiran sebelah rumah, tapi jiran sebelah bilik (kolej). Jiran aku ni duduk sebelah kanan bilik aku dan yang sebelah kiri tak ada bilik, yes correct bilik aku bilik tepi. Sorang nama Far and sorang lagi Nad. Simple nama dorng. Dorang ni kelakar, gila itu pasti dan meriah.

Macam mana nak mula ekk... Okey aku start rapat dengan jiran aku bermula sem 2. Mungkin sebab join program yang sama, bawah post yang sama, so we need each other to complete the task. Dorang ni memang concerned dekat aku dari sem 1 sebab roommate aku selalu balik, tapi aku macam layan tak layan je sebab AKU BOLEH JE HIDUP SORANG. Kahkahkah belagak gila. Tapi bila dah rapat ni Far cakap kat aku

"Aku tengok kau ni dulu sombong kot.."

Dan aku dah agak mesti dorang fikir macam tu, sebab kat matrik roommates pun cakap benda yang sama.

Aku kalau dengan Far masa mula-mula kalau bertembung kat luar bilik senyum macam tu jelah, tapi kalau Nad dia rajin sikit ber'hai' ber'halu' dekat aku. Pastu nanti kadang-kadang borak lah sikit-sikit. Dekat tandas ke, depan bilik ke.

Insiden paling malu la aku pernah buat dekat jiran aku ni, panjat balkoni dorang sebab pintu terkunci dari dalam. Masa pintu terkunci tu, Ya Allah aku nak ketuk pintu bilik dorang pun malu.. Tapi dah itu je caranya, Roommate balik pulak tu. Tebalkan muka masa panjat tu. Sekarang ni aku dah tak tertinggal kunci dah. Kalau Far ye. Ada satu hari tu punya seronok dia panjat balkoni dari bilik aku sampai dua tiga kali jugak la dia buat hahaha.

Bila sir cerite pasal 'rukuk' tu, malam esoknya roommate balik, dan tak pasal-pasal aku asyik teringat je cerita tu, haha bonggok betul, Nad pelawa la tidur bilik dorang. Pastu dorang rajin ajak aku makan, pergi blok E sebab nak wifi. Nad pon rajin datang bilik aku sebab nak movie hahaha.

Haa itu jeah nak cerita pasal jiran, tapi sebenarnya dorng yang request suruh aku cerita satu entri pasal dorng >.< Nampak tak kebatakannya?



Cuti

Cuti-cuti buat apa? Balik rumah la cuti lama kot, kadang-kadang cuti sekejap pon nak balik sebab homesick. Makin dekat tempat belajar makin kuat homesick dia.

Bila aku kerap balik, nak nak sem ni, ramai yang cakap

"Kau asyik balik je..."

Huhu mestilah, cuti sem 2 nanti seminggu je, sebabnya kene amik shortsemmmm. Stresss lah nak. So selagi rasa hidup kat kolej lapang, tak ada benda penting nak buat aku baliklah . 3 jam perjalanan dalam bas, tak ada hal lahhh (hastagriak), dulu dari Perghelis 10 jam +-

Bila duduk rumah, tak buat apa pun. Cumanya bangun makin lambat, tidur lewat sikit dari biasa. Pastu melagha banyak sebab kat rumah ada wifi. Kalau kat kolej tak tahu la wifi "ukmpelawat" pergi melawat ke mana.


Monday, 11 April 2016

Air

Air... Hmmm mesti masing-masing pakat cerita pasal tak ada ayoo kat UKM.

Tak pun pickupline
     "You nak minum air apa?"
     "aiilluvyuuuuuu". K k k dah basi

Dan aku ni asyik nak nyanyi lagu
   "Air pasang pagi surut pukul lima,
    nyonya bangun pagi sirap pokok bunga.."

Dahaga pulak ni rasa nak minum air kopi buatan ibu, emm sedap gilerr sambil buat kerja. Bila buat kerja tak faham mulalah aku ingat balik apa yang pensyarah ajar dalam kelas, buat habis air liur dorang je explain tapi aku ni main dalam kelas..

Tapi masa seklah rendah dulu, cikgu suruh bawak air pi kelas sebab cikgu cakap dapat mengurangkan ngantuk. Sebab dapat menambahkan oksigen dalam badan (kalau aku explain panjang-panjang nanti jadi kelas sains pulak kuikui). Kadang-kadang dah minum air pun ngantuk tak hilang, aku pun mulalah main game kat telefon. Yeahh itula akuu

Mim - Alif - Lam - Sin

Malas ni terjadi bila kau suka menangguhkan kerja (sebab kerja tu tak best kot), lepastu tak ada mood nak buat dengan ngantuk sekali perghhhhhh pakej yang mantap.

Tapi ajaibnya bila malas ni last-last kerja yang kita dok tangguh tu boleh disiapkan dengan sekelip mata. Tapi hasil dia macam sampah sikit la haha.

Macam aku ni dah la malas, tapi kadang-kadang bercita-cita setinggi gunung. Bercita-cita tinggi tapi kerja asyik nak tidur je, kerja menimbun tak siap-siap. Lagi-lagi bila duduk rumah, ianya bagaikan aku duduk di syorga.

*Nak masuk syurga yang hakiki tu pun tak boleh bermalas-malasan, jadi malas kene korbankan untuk bersenang lenang kemudian hari. (Pesanan untuk Aqilah Hatta)

selalu macam nii


Monday, 4 April 2016

Zoolenteer!

Zoolenteer ni ialah menjadi sukarelawan kepada haiwan ni zoo (gatai benorr, onyet-onyet kat UKM ni banyak, tak nak jadi sukarelawan kat depaa haha).

Program anjuran Kelab Ekonomi FEP UKM, dan aku join program pada Jumaat, 1 April

Poyo kuasa dua.

Bergerak dari UKM pukul 9.30 pagi untuk sampai ke Zoo Taiping, Perak sana. Tak logic langsungggggg. Kalau pukul 9.30 sampai sana tak pe la jugak. Sah-sah sampai sana petang, waktu orang riadah macam tu. Mana ada dah orang bersihkan zoo ke bagi makan waktu macam tu.

Sikit tak puas hati la sebab tak dapat masuk kandang. Last-last sapu sekitar jalan tar tu je. Pegawai zoo tak kasik lepaskan kita orang dalam kandang sebab dia kata kurang pengawasan pegawai, dan biasanya benda tu buat waktu pagi.


Poyo kuasa 10000000000


Tapi walau macam mana pun, aku teruja tengok haiwan-haiwan tu, sebab sepanjang umur 20 tahun ni, that is my first time pergi zoo HAHAHAHAHA.

Gajah say haii. Sebab banyak sangat tengok gajah, keesokkan harinya bersubuh gajah!!



Buah - Mangga

Buah mangga ni antara buah favorite jugak la (tapi sebenarnya semua jenis buah aku makan). Ni dia buah mangga, kot-kot ada yang tak tahu.




Setakat ni benda yang paling craving dengan buah mangga ni ialah pulut mangga.



Masa belajar dekat KMP dulu waktu sem 2, ada makcik dari Siam ni dia meniaga buah, macam-macam jenis buah dan yang penting buah dia manis-manis. Tapi ada pelam masam sikit, masam teruk (aku tak tahan sangat dengan masam) dan manis. Lepas tak lama tu, makcik ni jual pulak pulut mangga.

Waktu dia adun pulut tu perghhhhh nampak sedap je. Sebab aku suka makan pulut so tu yang semua benda nampak sedap. Tapi tulah sayangnya, tak pernah beli pulut mangga kat situ, TAK PERNAH okey.

Sebabnya waktu kat matrik elaun bukan banyak mana, sampai bab makan pon aku berkira, huhuhu. Yelah sebab aku fikir dari beli pulut mangga, baik beli nasi dapat kenyang sehari. Lepastu sampai ke hari ni, aku terbayang-bayang lagi mangga tu, pulut dia dengan santan tu dalam plastic kecil.


Laa ni, dah survey kedai makan yang ada pulut mangga area Bangi ni dengan Fariha. Tapi tu lahh, bila nya nak pergi. So tak dapat makan pulut mangga, dapat makan mangga dari Midi Mart Kajai ni pun cukup laaaa.






Monday, 28 March 2016

Lupa


. Benda yang aku lupa ialah hari berperistiwa. Iaitu 27 Februari. Hari apa ni? Ni ialah hari ulang tahun kelahiran Nur Raihana.

Rai, aku kenal dia sejak sekolah menengah tingkatan 1. Tapi kesahnya aku tak sekelas dengan dia. Dia kelas B, aku kelas C. Bodoh sikit je dari dia kahkah. Tapi aku tak berapa suka dia waktu tu, sebab dia macam sombong semacam pastu garang. Bila subjek PJK, kelas kita orang akan gabung, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan lelaki. Walaupun nama dia kelas Pendidikan Jasmani, tak de lah selalu main kat padang, kadang belajar jugak dalam kelas (bosan gila, tapi bila form 5, waktu PJK jadi waktu sejarah, lagilaaa).

Dan satu hari ni kita orang budak perempuan pi la kelas B sebab nak combine. Dah memekak dalam kelas tu pastu semua turun pi dataran dan orang yang terakhir keluar dari kelas tu budak kelas aku. Pastu aku naik balik, Rai pon sama (aku dengan kawan aku, Rai dengan kawan dia) dan pintu kelas tu tak terkunci. Dan aku terdengar si Rai ni membebel

“Bukan tau kunci pintu balik…..”

Start dari hari tu, aku berikrar dalam hati

“Aku tak nak la kawan dengan dia ni bla.. bla.. bla..” (Hahahaha lawak gila bila ingat balik)

Bila tingkatan 2, aku naik kelas B tu, sekelas lah dengan Rai (Alhamdulillah dah bijak sikit kahkahkah). Dia duduk belakang bawah kipas, memang mewah la dia sebab waktu tu kipas lagi dua kat depan tak berfungsi. Geram betul aku, duduk depan belah tepi pulak tu, angin luar segan nak masuk T.T

Rai dan geng-geng nya agak kecoh dibelakang, tapi aku sabo jelah sebab aku teringatkan kegarangan dia masa form 1. Begitu la kehidupan dalam kelas tu. Aku pernah je bual-bual dengan dia tapi sekejap-sekejap je and malu-malu, penuh dengan kesopanan gitu hahaha. Sampai la nak akhir tahun, aku tiba-tiba rapat dengan dia (malas nak cerita sbb panjang sangat). Lepastu naik form 3 kira dah betul-betul rapat la.

Sekelas dengan dia sampai form 5. Gaduh tu pernah, paling-paling tak bercakap la, tak de sampai bertumbuk semua. Bila keluar result kemasukan matrik tu, pagi-pagi dia dah mesej.

“Dapat masuk matrik tak? Matrik mana?”

Gelak besar jugak la bila sama-sama masuk matrik Perlis nun jauh di utara sana. Lepas tu bila nak masuk university dapat sama jugak, hmm hmmm senyum jelah. Ramai kot Tanya

“Kau janji eh nak masuk UKM sama dengan Rai.”

Untuk sepanjang perkenalan ni, Rai selalu ada dengan aku, sikit banyak ajar aku hidup berdikari. Tak berkira kalau dengan aku, walaupun kat matrik tak adalah jumpa hari-hari. Kat sini lagilah, kolej pon lain-lain. Dan walaupun kita mungkin tak serapat dulu (tapi ada dalam hati I MUAHCIKED) ialah kau pun ada life sendiri kan kat sini, and aku pun. You just like my fairy godmother. Padahal dulu bukan main bersumpah tak nak kawan dengan Rai.



SO untuk sebulan yang dah berlalu ni, HAPPY 20TH BIRTHDAY RAIHANA. Semoga sihat selalu, gembira, panjang umur murah rezeki dan Berjaya dunia akhirat. Aku tak pernah lupa tarikh hari lahir kau, cuma aku lupa hari tu ialah 27 Feb. 


Lemau

Benda yang melemaukan ialah bila tengok blog sendiri T.T

SATU, tajuk dia semua hmmm nak cakap pon rasa serba salah. Tapi itulah hakikatnya untuk entri yang bertema ni, banyak sangat negatif.

DUA, tajuk-tajuk yang diberi tu aku tak ada banyak sangat idea nak berkarya (berkarya la sangat). Atau mungkin sebenarnya aku yang tak pandai jadi pencerita kot.

TIGA, aku punya lah malas nak post new entry yang bertema ni hahahahaha sebab menghadkan luahan hati. Sebab kalau bertema mana boleh lari dari tajuk. Tapi rasanya ada jugaklah yang lari sikit-sikit.

Dan yang pasti, untuk entri kali ni aku tahu, tersangatlah lemaunya. Bila dah baca mesti rasa macam

"Ini je??? Bosannya lahaii"

Tak pelah, yang penting patah perkataannya cukup dan tak ada syarat kena post benda yang best :P (NAMPAK TAK IKHLASNYA TU)

Monday, 21 March 2016

HAKEBA

Semalam Ahad (20.032016) berlangsungnya BBQ untuk HAKEBA (HAKEBA ya bukan HAKERA hehe)
Gambar teruja sikit


HAKEBA ni macam majlis penghargaan untuk semua ahli Basiska. Dan rasa sangat dihargai sangat sebab post yang aku pegang dapat anugerah post yang perform dalam menjalaskan tugas semasa Basiska.

Post yang aku pegang ialah post publisiti, dibawah pimpinan (cewah) Nadhi.

Nad, Aku, Far, Aliya


So, basically kerja publisiti ni agak senang nak berbanding post lain. Susah juga la sebenarnya sebab kena perah otak untuk design yang cantik dimata orang lain. Banyak kali juga lah kena reject. Kerja yang kite orang kena buat ialah buat banner, flyer, logo dan digital board. Semasa program  Basiska, of course lah kena ambil gambar sepanjang program tu.

Benda yang paling susah nak buat ialah video. Susah la sebab aku agak lembab dengan segala macam apps ni. Tapi bila program ni dah habis, aku rasa puas hati sangat-sangat. Rasa macam nak join lagi sem depan.


Macam mana pun kalau nak buat kerja, bila dapat geng-geng yang sekepala, benda yang kita buat akan jadi seronok even ada pressure sikit.





Pasrah

Dalam hidup ni, siapa je yang tak pernah kena uji, kan? Semua pernah kot, bahkan manusia yang paling baik sekali. Dan biasanya ujian yang kita hadapi ni tanda Tuhan nak test hati ni kuat ke tak. Dan benda yang paling berat dalam ujian tu selain daripada kena hadapi, kita kena lepaskan juga sesuatu benda tu dengan hati yang pasrah.

Bagi aku, benda ni lah yang paling berat nak lalui. Terutamanya orang yang macam aku, yang keras hati dalam diam, suka pendam atau dalam erti kata yang mudah, aku agak pendendam orangnya (yes sangat keji).

Apa benda yang aku hadapi, dekat mulut aku mungkin cakap okey, tapi dalam hati ni kadang-kadang menyumpah kot. Aku mungkin akan dapat lupakan hal tu untuk seketika waktu, tapi kalau teringat balik tu secara tiba-tiba, huh sekecil-kecil hal aku akan ingat balik, walaupun dengan family ataupun kawan rapat.

Memang aku susah nak mempasrahkan semua perkara pahit dalam hidup ni sebab kita manusia hidup dalam mengenang kenangan, susah nak move on.
Mungkin aku perlu memuhasabah diri dalam memasrahkan sesuatu perkara, tapi kena ingat juga

“aku pun manusia kot, sesekali tu mengalah lah 



Monday, 14 March 2016

Kawan

Kawan,
kita ada macam jenis kawan, 
yang suka gelak sama-sama, tapi bila sedih seorang diri (siapa suka share benda tak best haha kejam)

Ada juga yang suka bercerita pasal dia dan berkaitan dengan dia dan yang dia tahu dan lain-lain,
tanpa berhenti (come on aku pun nak bercerita juga!!)

Dan ada juga yang baik gila,
sikit-sikit belanja makan, pastu belanja lagi, tolong ajar buat assignment la
senang cerita baik gila dalam bab tolong-menolong ni..

Yang jahat gila pun ada, tapi bukan kawan aku hehe.
 
Yang tolong waktu susah pun ada.

Kita semua ni pasti ada kawan yang bermacam ragam dan kadang-kadang kita tak suka perangai mereka tu (termasuk yang baik gila tu, ialah sebab kadang-kadang aku tak baik pun untuk dia).

Memang kena sabar la. Tapi kalau aku tak suka dengan perangai dorang waktu tu, aku biasanya tak cakap pun,

"Weh aku tengah tak suka kau ni, baik kau diam."

Biasanya aku akan buat ekspresi muka yang berbagai haha. Paling dah malas gila aku diam, pastu kalau dia tanya benda, jawab pendek gila. Tak payah bukak mulut, tak payah gerak lidah, benda paling simple just jawab

"Hmm.." (Kalau berulang sangat jawapan, yelah sebab dia banyak tanya, gelak hambar sikit la)


Friday, 11 March 2016

LESU

Lesu...

Minggu ni sangat melesukan. Assignment tu jangan cakap la, kira memang tiap-tiap minggu ada dan banyak pulak tu (nak dibandingkan dengan sem 1 dulu). Bukan setakat assignment je, tapi sebab aku dilanda (cehh dilanda konon) demam. Demam panas kot.

Aku ni kalau demam memang jarang, tapi kalau dah sekali kena tu, zappp agak teruk dan berpanjangan jugak. Badan ni dia punya LESU sampai aku rasa nak tidur je. Malas dia perghhh sampai makan pon aku rasa malas. Haaa nampak tak.

Masalah aku kalau demam ni, aku tak suka makan ubat. Kalau kecil-kecil dulu memang kena makan la sebab yang jaga aku sakit ibu. So ibu akan bagi ubat on time, sebelum makan ubat kena makan nasi dulu, perut tak boleh kosong.

Tapi bila dah besar ni, dah kena jaga diri sendiri, bila demam memang tak aku nak masukkan segala macam ubat dalam badan ni. Bukan takut makan ubat sebab pahit (kalau dah teruk sangat aku makan ubat), tapi entahlah. Bagi aku biarlah demam tu baik sendiri dengan rehat yang secukup-cukupnya.

Dan setiap kali demam, remind myself yang aku ni mungkin BERDOSA!

Monday, 7 March 2016

"Anak Angkat"

Aku ialah anak angkat kepada sepasang suami isteri yang menetap di Muar Johor. Macam mana aku boleh jadi anak angkat dorang? Sebab aku join program kolej iaitu Program Basiska VI (Bakti Siswa Sukarelawan Kajai VI).

So disebabkan dorang ni mak ayah angkat, kena la panggil ayah/abah/bapak dan mak/ibu. Tapi keluarga angkat kita orang ni unik sebab kami panggil Tok Ayah dan Tok Mak.

Basiska ni bagi aku program yang sangat-sangat bagus sebab matlamat utama nak tolong orang/berbakti kepada masyarakat sebab kita mahasiswa ni sebenarnya datang dari masyarakat. Jadi sebagai membalas jasa baik budi masyarakat, aktiviti kemasyarakatan itu sendiri perlu diperbanyakkan.

"Harapkan jalinan yang terjalin seketika ini akan berkekalan sampai bila-bila dengan orang kampung"

A.K.U

Nama aku Nur Aqilah bt Mohamad Hatta. Nama panggilan Aqilah, Qila, La (ibu yang panggil), Qa (abang yang panggil) - ya ya tahu banyak panggilan tapi panggil je Qila. Umur belum cukup 20 lagi, 1 hari bulan lapan nnt baru cukup. Umur nak dekat 20 tapi ada mokcik ni cakap macam tingkatan 2 hahaha.

Apa yang ada pasal AKU ni? Tak ada apa sangat la, tapi yang penting hipokrit tu ada la huhu. Kadang-kadang jadi hipokrit ni sebab nak puaskan hati orang lain. Bukan ke ada kemurnian disebalik kehipokritan aku tu. Sebab kadang-kadang aku malas nak panjangkan suatu benda tu, so bila nak decide satu benda tu aku just

"Hmmm okey la tu, boleh la"

Lalu settle la masalah tu (ya aku tahu aku ni bagus hehe)

So itu la AKU untuk setakat ni korang tahu. Peace.